Al-Buruj · Ayat 1
وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلْبُرُوجِ
Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
Surah Al-Buruj (85:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
Gugusan Bintang · 22 ayat · Makkiyyah · Juzuk 30 · Muka surat 590
سورة البروج
Surah Al-Buruj ialah surah ke-85 dalam al-Quran, mengandungi 22 ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah. Surah ini bermula pada juzuk 30, muka surat 590 mushaf Madinah. Nama Al-Buruj bermaksud “Gugusan Bintang”, dan ia surah ke-27 yang diturunkan. Teks Arab mengikut rasm Uthmani daripada Tanzil; maksud ayat dipetik daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0).
Tiada iklan pada mana-mana halaman al-Quran.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلْبُرُوجِ
Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
Surah Al-Buruj (85:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَٱلْيَوْمِ ٱلْمَوْعُودِ
Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;
Surah Al-Buruj (85:2) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ
Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; -
Surah Al-Buruj (85:3) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
قُتِلَ أَصْحَٰبُ ٱلْأُخْدُودِ
Celakalah kaum yang menggali parit,
Surah Al-Buruj (85:4) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
ٱلنَّارِ ذَاتِ ٱلْوَقُودِ
(Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,
Surah Al-Buruj (85:5) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ
(Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
Surah Al-Buruj (85:6) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَهُمْ عَلَىٰ مَا يَفْعَلُونَ بِٱلْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ
Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.
Surah Al-Buruj (85:7) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَمَا نَقَمُوا۟ مِنْهُمْ إِلَّآ أَن يُؤْمِنُوا۟ بِٱللَّهِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَمِيدِ
Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
Surah Al-Buruj (85:8) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
ٱلَّذِى لَهُۥ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدٌ
Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
Surah Al-Buruj (85:9) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُوا۟ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا۟ فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ ٱلْحَرِيقِ
Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).
Surah Al-Buruj (85:10) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُمْ جَنَّٰتٌ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْكَبِيرُ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
Surah Al-Buruj (85:11) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
إِنَّ بَطْشَ رَبِّكَ لَشَدِيدٌ
Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.
Surah Al-Buruj (85:12) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
إِنَّهُۥ هُوَ يُبْدِئُ وَيُعِيدُ
Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).
Surah Al-Buruj (85:13) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَهُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلْوَدُودُ
Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.
Surah Al-Buruj (85:14) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
ذُو ٱلْعَرْشِ ٱلْمَجِيدُ
Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya,
Surah Al-Buruj (85:15) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ
Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.
Surah Al-Buruj (85:16) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْجُنُودِ
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)?
Surah Al-Buruj (85:17) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
فِرْعَوْنَ وَثَمُودَ
(Mereka itu ialah kaum) Firaun, dan Thamud (kaum Nabi Soleh).
Surah Al-Buruj (85:18) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى تَكْذِيبٍ
(Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;
Surah Al-Buruj (85:19) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَٱللَّهُ مِن وَرَآئِهِم مُّحِيطٌۢ
Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!
Surah Al-Buruj (85:20) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
بَلْ هُوَ قُرْءَانٌ مَّجِيدٌ
(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;
Surah Al-Buruj (85:21) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
فِى لَوْحٍ مَّحْفُوظٍۭ
(Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.
Surah Al-Buruj (85:22) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
22 ayat. Al-Buruj ialah surah ke-85 dan tergolong dalam surah Makkiyyah.
Juzuk 30. Ayat pertamanya terdapat pada muka surat 590 mushaf Madinah.
Nama Al-Buruj bermaksud “Gugusan Bintang”.
Teks Arab daripada Tanzil (rasm Uthmani, versi 1.1) dan maksud ayat daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0). Kedua-duanya dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan, tanpa sebarang perubahan.
Teks Arab · Tanzil Project (tanzil.net), teks rasm Uthmani versi 1.1, CC BY 3.0, disalin tanpa perubahan
Terjemahan · Malay Translation - Abdullah Basumayyah · QuranEnc.com v1.0.0
Juzuk & muka surat · Tanzil Quran Metadata 1.0 (mushaf Madinah, 604 muka surat), CC BY 3.0