Langkau ke kandungan
55

Surah Ar-Rahman

Yang Maha Pemurah · 78 ayat · Madaniyyah · Juzuk 27 · Muka surat 531

سورة الرحمن

Surah Ar-Rahman

Surah Ar-Rahman ialah surah ke-55 dalam al-Quran, mengandungi 78 ayat dan tergolong dalam surah Madaniyyah. Surah ini bermula pada juzuk 27, muka surat 531 mushaf Madinah. Nama Ar-Rahman bermaksud “Yang Maha Pemurah”, dan ia surah ke-97 yang diturunkan. Teks Arab mengikut rasm Uthmani daripada Tanzil; maksud ayat dipetik daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0).

Dikemas kini
Teks
Rasm Uthmani (Tanzil)
Terjemahan
Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
3 / 5

Tiada iklan pada mana-mana halaman al-Quran.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

55:1

Ar-Rahman · Ayat 1

ٱلرَّحْمَٰنُ

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

Surah Ar-Rahman (55:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:2

Ar-Rahman · Ayat 2

عَلَّمَ ٱلْقُرْءَانَ

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

Surah Ar-Rahman (55:2) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:3

Ar-Rahman · Ayat 3

خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ

Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

Surah Ar-Rahman (55:3) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:4

Ar-Rahman · Ayat 4

عَلَّمَهُ ٱلْبَيَانَ

Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

Surah Ar-Rahman (55:4) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:5

Ar-Rahman · Ayat 5

ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

Surah Ar-Rahman (55:5) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:6

Ar-Rahman · Ayat 6

وَٱلنَّجْمُ وَٱلشَّجَرُ يَسْجُدَانِ

Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

Surah Ar-Rahman (55:6) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:7

Ar-Rahman · Ayat 7

وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلْمِيزَانَ

Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

Surah Ar-Rahman (55:7) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:8

Ar-Rahman · Ayat 8

أَلَّا تَطْغَوْا۟ فِى ٱلْمِيزَانِ

Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

Surah Ar-Rahman (55:8) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:9

Ar-Rahman · Ayat 9

وَأَقِيمُوا۟ ٱلْوَزْنَ بِٱلْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا۟ ٱلْمِيزَانَ

Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

Surah Ar-Rahman (55:9) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:10

Ar-Rahman · Ayat 10

وَٱلْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ

Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

Surah Ar-Rahman (55:10) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:11

Ar-Rahman · Ayat 11

فِيهَا فَٰكِهَةٌ وَٱلنَّخْلُ ذَاتُ ٱلْأَكْمَامِ

Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

Surah Ar-Rahman (55:11) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:12

Ar-Rahman · Ayat 12

وَٱلْحَبُّ ذُو ٱلْعَصْفِ وَٱلرَّيْحَانُ

Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

Surah Ar-Rahman (55:12) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:13

Ar-Rahman · Ayat 13

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Surah Ar-Rahman (55:13) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:14

Ar-Rahman · Ayat 14

خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِن صَلْصَٰلٍ كَٱلْفَخَّارِ

Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,

Surah Ar-Rahman (55:14) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:15

Ar-Rahman · Ayat 15

وَخَلَقَ ٱلْجَآنَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ

Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;

Surah Ar-Rahman (55:15) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:16

Ar-Rahman · Ayat 16

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:16) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:17

Ar-Rahman · Ayat 17

رَبُّ ٱلْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ ٱلْمَغْرِبَيْنِ

(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.

Surah Ar-Rahman (55:17) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:18

Ar-Rahman · Ayat 18

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:18) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:19

Ar-Rahman · Ayat 19

مَرَجَ ٱلْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ

Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;

Surah Ar-Rahman (55:19) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:20

Ar-Rahman · Ayat 20

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ

Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

Surah Ar-Rahman (55:20) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:21

Ar-Rahman · Ayat 21

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:21) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:22

Ar-Rahman · Ayat 22

يَخْرُجُ مِنْهُمَا ٱللُّؤْلُؤُ وَٱلْمَرْجَانُ

Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;

Surah Ar-Rahman (55:22) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:23

Ar-Rahman · Ayat 23

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:23) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:24

Ar-Rahman · Ayat 24

وَلَهُ ٱلْجَوَارِ ٱلْمُنشَـَٔاتُ فِى ٱلْبَحْرِ كَٱلْأَعْلَٰمِ

Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;

Surah Ar-Rahman (55:24) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:25

Ar-Rahman · Ayat 25

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:25) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:26

Ar-Rahman · Ayat 26

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

Surah Ar-Rahman (55:26) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:27

Ar-Rahman · Ayat 27

وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو ٱلْجَلَٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ

Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

Surah Ar-Rahman (55:27) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:28

Ar-Rahman · Ayat 28

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:28) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:29

Ar-Rahman · Ayat 29

يَسْـَٔلُهُۥ مَن فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِى شَأْنٍ

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

Surah Ar-Rahman (55:29) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:30

Ar-Rahman · Ayat 30

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?

Surah Ar-Rahman (55:30) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:31

Ar-Rahman · Ayat 31

سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ ٱلثَّقَلَانِ

Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!

Surah Ar-Rahman (55:31) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:32

Ar-Rahman · Ayat 32

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:32) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:33

Ar-Rahman · Ayat 33

يَٰمَعْشَرَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ إِنِ ٱسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا۟ مِنْ أَقْطَارِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ فَٱنفُذُوا۟ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَٰنٍ

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

Surah Ar-Rahman (55:33) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:34

Ar-Rahman · Ayat 34

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:34) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:35

Ar-Rahman · Ayat 35

يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ

Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

Surah Ar-Rahman (55:35) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:36

Ar-Rahman · Ayat 36

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:36) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:37

Ar-Rahman · Ayat 37

فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَٱلدِّهَانِ

Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;

Surah Ar-Rahman (55:37) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:38

Ar-Rahman · Ayat 38

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:38) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:39

Ar-Rahman · Ayat 39

فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُسْـَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦٓ إِنسٌ وَلَا جَآنٌّ

Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);

Surah Ar-Rahman (55:39) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:40

Ar-Rahman · Ayat 40

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:40) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:41

Ar-Rahman · Ayat 41

يُعْرَفُ ٱلْمُجْرِمُونَ بِسِيمَٰهُمْ فَيُؤْخَذُ بِٱلنَّوَٰصِى وَٱلْأَقْدَامِ

Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);

Surah Ar-Rahman (55:41) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:42

Ar-Rahman · Ayat 42

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:42) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:43

Ar-Rahman · Ayat 43

هَٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى يُكَذِّبُ بِهَا ٱلْمُجْرِمُونَ

(Lalu dikatakan kepada mereka): “Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya”.

Surah Ar-Rahman (55:43) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:44

Ar-Rahman · Ayat 44

يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ ءَانٍ

Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!

Surah Ar-Rahman (55:44) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:45

Ar-Rahman · Ayat 45

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:45) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:46

Ar-Rahman · Ayat 46

وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ

Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -

Surah Ar-Rahman (55:46) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:47

Ar-Rahman · Ayat 47

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:47) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:48

Ar-Rahman · Ayat 48

ذَوَاتَآ أَفْنَانٍ

(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -

Surah Ar-Rahman (55:48) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:49

Ar-Rahman · Ayat 49

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:49) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:50

Ar-Rahman · Ayat 50

فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ

Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -

Surah Ar-Rahman (55:50) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:51

Ar-Rahman · Ayat 51

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.

Surah Ar-Rahman (55:51) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:52

Ar-Rahman · Ayat 52

فِيهِمَا مِن كُلِّ فَٰكِهَةٍ زَوْجَانِ

Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).

Surah Ar-Rahman (55:52) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:53

Ar-Rahman · Ayat 53

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:53) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:54

Ar-Rahman · Ayat 54

مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ فُرُشٍۭ بَطَآئِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ وَجَنَى ٱلْجَنَّتَيْنِ دَانٍ

Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

Surah Ar-Rahman (55:54) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:55

Ar-Rahman · Ayat 55

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:55) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:56

Ar-Rahman · Ayat 56

فِيهِنَّ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّ

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

Surah Ar-Rahman (55:56) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:57

Ar-Rahman · Ayat 57

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:57) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:58

Ar-Rahman · Ayat 58

كَأَنَّهُنَّ ٱلْيَاقُوتُ وَٱلْمَرْجَانُ

Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

Surah Ar-Rahman (55:58) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:59

Ar-Rahman · Ayat 59

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:59) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:60

Ar-Rahman · Ayat 60

هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَٰنُ

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?

Surah Ar-Rahman (55:60) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:61

Ar-Rahman · Ayat 61

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:61) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:62

Ar-Rahman · Ayat 62

وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ

Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);

Surah Ar-Rahman (55:62) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:63

Ar-Rahman · Ayat 63

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:63) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:64

Ar-Rahman · Ayat 64

مُدْهَآمَّتَانِ

Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;

Surah Ar-Rahman (55:64) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:65

Ar-Rahman · Ayat 65

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:65) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:66

Ar-Rahman · Ayat 66

فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ

Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:

Surah Ar-Rahman (55:66) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:67

Ar-Rahman · Ayat 67

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:67) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:68

Ar-Rahman · Ayat 68

فِيهِمَا فَٰكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

Surah Ar-Rahman (55:68) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:69

Ar-Rahman · Ayat 69

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:69) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:70

Ar-Rahman · Ayat 70

فِيهِنَّ خَيْرَٰتٌ حِسَانٌ

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

Surah Ar-Rahman (55:70) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:71

Ar-Rahman · Ayat 71

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:71) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:72

Ar-Rahman · Ayat 72

حُورٌ مَّقْصُورَٰتٌ فِى ٱلْخِيَامِ

Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;

Surah Ar-Rahman (55:72) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:73

Ar-Rahman · Ayat 73

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:73) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:74

Ar-Rahman · Ayat 74

لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّ

(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

Surah Ar-Rahman (55:74) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:75

Ar-Rahman · Ayat 75

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:75) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:76

Ar-Rahman · Ayat 76

مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِىٍّ حِسَانٍ

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

Surah Ar-Rahman (55:76) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:77

Ar-Rahman · Ayat 77

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman (55:77) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

55:78

Ar-Rahman · Ayat 78

تَبَٰرَكَ ٱسْمُ رَبِّكَ ذِى ٱلْجَلَٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ

Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Surah Ar-Rahman (55:78) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

Soalan lazim

Berapa ayat dalam Surah Ar-Rahman?

78 ayat. Ar-Rahman ialah surah ke-55 dan tergolong dalam surah Madaniyyah.

Surah Ar-Rahman terletak dalam juzuk berapa?

Juzuk 27. Ayat pertamanya terdapat pada muka surat 531 mushaf Madinah.

Apakah maksud nama Ar-Rahman?

Nama Ar-Rahman bermaksud “Yang Maha Pemurah”.

Apakah sumber teks Arab dan terjemahannya?

Teks Arab daripada Tanzil (rasm Uthmani, versi 1.1) dan maksud ayat daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0). Kedua-duanya dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan, tanpa sebarang perubahan.

Sumber teks

  • Teks Arab · Tanzil Project (tanzil.net), teks rasm Uthmani versi 1.1, CC BY 3.0, disalin tanpa perubahan

  • Terjemahan · Malay Translation - Abdullah Basumayyah · QuranEnc.com v1.0.0

  • Juzuk & muka surat · Tanzil Quran Metadata 1.0 (mushaf Madinah, 604 muka surat), CC BY 3.0