Langkau ke kandungan
56

Surah Al-Waqi'ah

Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan · 96 ayat · Makkiyyah · Juzuk 27 · Muka surat 534

سورة الواقعة

Surah Al-Waqi'ah

Surah Al-Waqi'ah ialah surah ke-56 dalam al-Quran, mengandungi 96 ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah. Surah ini bermula pada juzuk 27, muka surat 534 mushaf Madinah. Nama Al-Waqi'ah bermaksud “Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan”, dan ia surah ke-46 yang diturunkan. Teks Arab mengikut rasm Uthmani daripada Tanzil; maksud ayat dipetik daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0).

Dikemas kini
Teks
Rasm Uthmani (Tanzil)
Terjemahan
Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
3 / 5

Tiada iklan pada mana-mana halaman al-Quran.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

56:1

Al-Waqi'ah · Ayat 1

إِذَا وَقَعَتِ ٱلْوَاقِعَةُ

Apabila berlaku hari kiamat itu,

Surah Al-Waqi'ah (56:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:2

Al-Waqi'ah · Ayat 2

لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ

Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.

Surah Al-Waqi'ah (56:2) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:3

Al-Waqi'ah · Ayat 3

خَافِضَةٌ رَّافِعَةٌ

Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).

Surah Al-Waqi'ah (56:3) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:4

Al-Waqi'ah · Ayat 4

إِذَا رُجَّتِ ٱلْأَرْضُ رَجًّا

(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.

Surah Al-Waqi'ah (56:4) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:5

Al-Waqi'ah · Ayat 5

وَبُسَّتِ ٱلْجِبَالُ بَسًّا

Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,

Surah Al-Waqi'ah (56:5) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:6

Al-Waqi'ah · Ayat 6

فَكَانَتْ هَبَآءً مُّنۢبَثًّا

Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,

Surah Al-Waqi'ah (56:6) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:7

Al-Waqi'ah · Ayat 7

وَكُنتُمْ أَزْوَٰجًا ثَلَٰثَةً

Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

Surah Al-Waqi'ah (56:7) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:8

Al-Waqi'ah · Ayat 8

فَأَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ

Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?

Surah Al-Waqi'ah (56:8) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:9

Al-Waqi'ah · Ayat 9

وَأَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ

Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?

Surah Al-Waqi'ah (56:9) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:10

Al-Waqi'ah · Ayat 10

وَٱلسَّٰبِقُونَ ٱلسَّٰبِقُونَ

Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

Surah Al-Waqi'ah (56:10) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:11

Al-Waqi'ah · Ayat 11

أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلْمُقَرَّبُونَ

Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),

Surah Al-Waqi'ah (56:11) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:12

Al-Waqi'ah · Ayat 12

فِى جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ

(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.

Surah Al-Waqi'ah (56:12) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:13

Al-Waqi'ah · Ayat 13

ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ

(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;

Surah Al-Waqi'ah (56:13) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:14

Al-Waqi'ah · Ayat 14

وَقَلِيلٌ مِّنَ ٱلْـَٔاخِرِينَ

Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.

Surah Al-Waqi'ah (56:14) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:15

Al-Waqi'ah · Ayat 15

عَلَىٰ سُرُرٍ مَّوْضُونَةٍ

(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;

Surah Al-Waqi'ah (56:15) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:16

Al-Waqi'ah · Ayat 16

مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيْهَا مُتَقَٰبِلِينَ

Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.

Surah Al-Waqi'ah (56:16) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:17

Al-Waqi'ah · Ayat 17

يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَٰنٌ مُّخَلَّدُونَ

Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -

Surah Al-Waqi'ah (56:17) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:18

Al-Waqi'ah · Ayat 18

بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِّن مَّعِينٍ

Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.

Surah Al-Waqi'ah (56:18) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:19

Al-Waqi'ah · Ayat 19

لَّا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ

Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

Surah Al-Waqi'ah (56:19) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:20

Al-Waqi'ah · Ayat 20

وَفَٰكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ

Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,

Surah Al-Waqi'ah (56:20) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:21

Al-Waqi'ah · Ayat 21

وَلَحْمِ طَيْرٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ

Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.

Surah Al-Waqi'ah (56:21) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:22

Al-Waqi'ah · Ayat 22

وَحُورٌ عِينٌ

Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,

Surah Al-Waqi'ah (56:22) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:23

Al-Waqi'ah · Ayat 23

كَأَمْثَٰلِ ٱللُّؤْلُؤِ ٱلْمَكْنُونِ

Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

Surah Al-Waqi'ah (56:23) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:24

Al-Waqi'ah · Ayat 24

جَزَآءًۢ بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.

Surah Al-Waqi'ah (56:24) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:25

Al-Waqi'ah · Ayat 25

لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا تَأْثِيمًا

Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -

Surah Al-Waqi'ah (56:25) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:26

Al-Waqi'ah · Ayat 26

إِلَّا قِيلًا سَلَٰمًا سَلَٰمًا

Mereka hanya mendengar ucapan: “Selamat! Selamat!” (dari satu kepada yang lain).

Surah Al-Waqi'ah (56:26) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:27

Al-Waqi'ah · Ayat 27

وَأَصْحَٰبُ ٱلْيَمِينِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْيَمِينِ

Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?

Surah Al-Waqi'ah (56:27) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:28

Al-Waqi'ah · Ayat 28

فِى سِدْرٍ مَّخْضُودٍ

Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.

Surah Al-Waqi'ah (56:28) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:29

Al-Waqi'ah · Ayat 29

وَطَلْحٍ مَّنضُودٍ

Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,

Surah Al-Waqi'ah (56:29) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:30

Al-Waqi'ah · Ayat 30

وَظِلٍّ مَّمْدُودٍ

Dan naungan yang tetap terbentang,

Surah Al-Waqi'ah (56:30) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:31

Al-Waqi'ah · Ayat 31

وَمَآءٍ مَّسْكُوبٍ

Dan air yang sentiasa mengalir,

Surah Al-Waqi'ah (56:31) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:32

Al-Waqi'ah · Ayat 32

وَفَٰكِهَةٍ كَثِيرَةٍ

Serta buah-buahan yang banyak,

Surah Al-Waqi'ah (56:32) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:33

Al-Waqi'ah · Ayat 33

لَّا مَقْطُوعَةٍ وَلَا مَمْنُوعَةٍ

Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,

Surah Al-Waqi'ah (56:33) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:34

Al-Waqi'ah · Ayat 34

وَفُرُشٍ مَّرْفُوعَةٍ

Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

Surah Al-Waqi'ah (56:34) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:35

Al-Waqi'ah · Ayat 35

إِنَّآ أَنشَأْنَٰهُنَّ إِنشَآءً

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

Surah Al-Waqi'ah (56:35) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:36

Al-Waqi'ah · Ayat 36

فَجَعَلْنَٰهُنَّ أَبْكَارًا

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

Surah Al-Waqi'ah (56:36) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:37

Al-Waqi'ah · Ayat 37

عُرُبًا أَتْرَابًا

Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

Surah Al-Waqi'ah (56:37) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:38

Al-Waqi'ah · Ayat 38

لِّأَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

Surah Al-Waqi'ah (56:38) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:39

Al-Waqi'ah · Ayat 39

ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ

Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,

Surah Al-Waqi'ah (56:39) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:40

Al-Waqi'ah · Ayat 40

وَثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْـَٔاخِرِينَ

Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.

Surah Al-Waqi'ah (56:40) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:41

Al-Waqi'ah · Ayat 41

وَأَصْحَٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلشِّمَالِ

Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?

Surah Al-Waqi'ah (56:41) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:42

Al-Waqi'ah · Ayat 42

فِى سَمُومٍ وَحَمِيمٍ

Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak

Surah Al-Waqi'ah (56:42) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:43

Al-Waqi'ah · Ayat 43

وَظِلٍّ مِّن يَحْمُومٍ

Serta naungan dari asap hitam,

Surah Al-Waqi'ah (56:43) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:44

Al-Waqi'ah · Ayat 44

لَّا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ

Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.

Surah Al-Waqi'ah (56:44) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:45

Al-Waqi'ah · Ayat 45

إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَبْلَ ذَٰلِكَ مُتْرَفِينَ

Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).

Surah Al-Waqi'ah (56:45) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:46

Al-Waqi'ah · Ayat 46

وَكَانُوا۟ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلْحِنثِ ٱلْعَظِيمِ

Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,

Surah Al-Waqi'ah (56:46) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:47

Al-Waqi'ah · Ayat 47

وَكَانُوا۟ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ

Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?

Surah Al-Waqi'ah (56:47) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:48

Al-Waqi'ah · Ayat 48

أَوَءَابَآؤُنَا ٱلْأَوَّلُونَ

“Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)?”

Surah Al-Waqi'ah (56:48) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:49

Al-Waqi'ah · Ayat 49

قُلْ إِنَّ ٱلْأَوَّلِينَ وَٱلْـَٔاخِرِينَ

Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,

Surah Al-Waqi'ah (56:49) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:50

Al-Waqi'ah · Ayat 50

لَمَجْمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَٰتِ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ

“Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.

Surah Al-Waqi'ah (56:50) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:51

Al-Waqi'ah · Ayat 51

ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلْمُكَذِّبُونَ

“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),

Surah Al-Waqi'ah (56:51) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:52

Al-Waqi'ah · Ayat 52

لَـَٔاكِلُونَ مِن شَجَرٍ مِّن زَقُّومٍ

Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,

Surah Al-Waqi'ah (56:52) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:53

Al-Waqi'ah · Ayat 53

فَمَالِـُٔونَ مِنْهَا ٱلْبُطُونَ

“Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,

Surah Al-Waqi'ah (56:53) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:54

Al-Waqi'ah · Ayat 54

فَشَٰرِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ ٱلْحَمِيمِ

“Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,

Surah Al-Waqi'ah (56:54) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:55

Al-Waqi'ah · Ayat 55

فَشَٰرِبُونَ شُرْبَ ٱلْهِيمِ

“Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.

Surah Al-Waqi'ah (56:55) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:56

Al-Waqi'ah · Ayat 56

هَٰذَا نُزُلُهُمْ يَوْمَ ٱلدِّينِ

Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.

Surah Al-Waqi'ah (56:56) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:57

Al-Waqi'ah · Ayat 57

نَحْنُ خَلَقْنَٰكُمْ فَلَوْلَا تُصَدِّقُونَ

Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).

Surah Al-Waqi'ah (56:57) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:58

Al-Waqi'ah · Ayat 58

أَفَرَءَيْتُم مَّا تُمْنُونَ

(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?

Surah Al-Waqi'ah (56:58) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:59

Al-Waqi'ah · Ayat 59

ءَأَنتُمْ تَخْلُقُونَهُۥٓ أَمْ نَحْنُ ٱلْخَٰلِقُونَ

Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?

Surah Al-Waqi'ah (56:59) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:60

Al-Waqi'ah · Ayat 60

نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ ٱلْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ

Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;

Surah Al-Waqi'ah (56:60) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:61

Al-Waqi'ah · Ayat 61

عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمْثَٰلَكُمْ وَنُنشِئَكُمْ فِى مَا لَا تَعْلَمُونَ

(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.

Surah Al-Waqi'ah (56:61) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:62

Al-Waqi'ah · Ayat 62

وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ

Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).

Surah Al-Waqi'ah (56:62) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:63

Al-Waqi'ah · Ayat 63

أَفَرَءَيْتُم مَّا تَحْرُثُونَ

Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?

Surah Al-Waqi'ah (56:63) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:64

Al-Waqi'ah · Ayat 64

ءَأَنتُمْ تَزْرَعُونَهُۥٓ أَمْ نَحْنُ ٱلزَّٰرِعُونَ

Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

Surah Al-Waqi'ah (56:64) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:65

Al-Waqi'ah · Ayat 65

لَوْ نَشَآءُ لَجَعَلْنَٰهُ حُطَٰمًا فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ

Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,

Surah Al-Waqi'ah (56:65) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:66

Al-Waqi'ah · Ayat 66

إِنَّا لَمُغْرَمُونَ

(Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.

Surah Al-Waqi'ah (56:66) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:67

Al-Waqi'ah · Ayat 67

بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ

“Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil)”

Surah Al-Waqi'ah (56:67) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:68

Al-Waqi'ah · Ayat 68

أَفَرَءَيْتُمُ ٱلْمَآءَ ٱلَّذِى تَشْرَبُونَ

Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?

Surah Al-Waqi'ah (56:68) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:69

Al-Waqi'ah · Ayat 69

ءَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ ٱلْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنزِلُونَ

Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

Surah Al-Waqi'ah (56:69) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:70

Al-Waqi'ah · Ayat 70

لَوْ نَشَآءُ جَعَلْنَٰهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ

Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.

Surah Al-Waqi'ah (56:70) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:71

Al-Waqi'ah · Ayat 71

أَفَرَءَيْتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى تُورُونَ

Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?

Surah Al-Waqi'ah (56:71) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:72

Al-Waqi'ah · Ayat 72

ءَأَنتُمْ أَنشَأْتُمْ شَجَرَتَهَآ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنشِـُٔونَ

Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?

Surah Al-Waqi'ah (56:72) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:73

Al-Waqi'ah · Ayat 73

نَحْنُ جَعَلْنَٰهَا تَذْكِرَةً وَمَتَٰعًا لِّلْمُقْوِينَ

Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.

Surah Al-Waqi'ah (56:73) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:74

Al-Waqi'ah · Ayat 74

فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ

Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

Surah Al-Waqi'ah (56:74) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:75

Al-Waqi'ah · Ayat 75

فَلَآ أُقْسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ

Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -

Surah Al-Waqi'ah (56:75) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:76

Al-Waqi'ah · Ayat 76

وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٌ لَّوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ

Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -

Surah Al-Waqi'ah (56:76) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:77

Al-Waqi'ah · Ayat 77

إِنَّهُۥ لَقُرْءَانٌ كَرِيمٌ

Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),

Surah Al-Waqi'ah (56:77) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:78

Al-Waqi'ah · Ayat 78

فِى كِتَٰبٍ مَّكْنُونٍ

Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,

Surah Al-Waqi'ah (56:78) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:79

Al-Waqi'ah · Ayat 79

لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلْمُطَهَّرُونَ

Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;

Surah Al-Waqi'ah (56:79) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:80

Al-Waqi'ah · Ayat 80

تَنزِيلٌ مِّن رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

Surah Al-Waqi'ah (56:80) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:81

Al-Waqi'ah · Ayat 81

أَفَبِهَٰذَا ٱلْحَدِيثِ أَنتُم مُّدْهِنُونَ

Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?

Surah Al-Waqi'ah (56:81) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:82

Al-Waqi'ah · Ayat 82

وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ

Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?

Surah Al-Waqi'ah (56:82) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:83

Al-Waqi'ah · Ayat 83

فَلَوْلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلْحُلْقُومَ

Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -

Surah Al-Waqi'ah (56:83) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:84

Al-Waqi'ah · Ayat 84

وَأَنتُمْ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ

Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -

Surah Al-Waqi'ah (56:84) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:85

Al-Waqi'ah · Ayat 85

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَٰكِن لَّا تُبْصِرُونَ

Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,

Surah Al-Waqi'ah (56:85) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:86

Al-Waqi'ah · Ayat 86

فَلَوْلَآ إِن كُنتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ

Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -

Surah Al-Waqi'ah (56:86) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:87

Al-Waqi'ah · Ayat 87

تَرْجِعُونَهَآ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ

Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar?

Surah Al-Waqi'ah (56:87) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:88

Al-Waqi'ah · Ayat 88

فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُقَرَّبِينَ

Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang “Muqarrabiin”,

Surah Al-Waqi'ah (56:88) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:89

Al-Waqi'ah · Ayat 89

فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ

Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.

Surah Al-Waqi'ah (56:89) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:90

Al-Waqi'ah · Ayat 90

وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ

Dan jika ia dari puak kanan,

Surah Al-Waqi'ah (56:90) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:91

Al-Waqi'ah · Ayat 91

فَسَلَٰمٌ لَّكَ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ

Maka (akan dikatakan kepadanya): “Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan”.

Surah Al-Waqi'ah (56:91) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:92

Al-Waqi'ah · Ayat 92

وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ

Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,

Surah Al-Waqi'ah (56:92) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:93

Al-Waqi'ah · Ayat 93

فَنُزُلٌ مِّنْ حَمِيمٍ

Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,

Surah Al-Waqi'ah (56:93) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:94

Al-Waqi'ah · Ayat 94

وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ

Serta bakaran api neraka.

Surah Al-Waqi'ah (56:94) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:95

Al-Waqi'ah · Ayat 95

إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلْيَقِينِ

Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.

Surah Al-Waqi'ah (56:95) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

56:96

Al-Waqi'ah · Ayat 96

فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ

Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Surah Al-Waqi'ah (56:96) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

Soalan lazim

Berapa ayat dalam Surah Al-Waqi'ah?

96 ayat. Al-Waqi'ah ialah surah ke-56 dan tergolong dalam surah Makkiyyah.

Surah Al-Waqi'ah terletak dalam juzuk berapa?

Juzuk 27. Ayat pertamanya terdapat pada muka surat 534 mushaf Madinah.

Apakah maksud nama Al-Waqi'ah?

Nama Al-Waqi'ah bermaksud “Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan”.

Apakah sumber teks Arab dan terjemahannya?

Teks Arab daripada Tanzil (rasm Uthmani, versi 1.1) dan maksud ayat daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0). Kedua-duanya dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan, tanpa sebarang perubahan.

Sumber teks

  • Teks Arab · Tanzil Project (tanzil.net), teks rasm Uthmani versi 1.1, CC BY 3.0, disalin tanpa perubahan

  • Terjemahan · Malay Translation - Abdullah Basumayyah · QuranEnc.com v1.0.0

  • Juzuk & muka surat · Tanzil Quran Metadata 1.0 (mushaf Madinah, 604 muka surat), CC BY 3.0