Al-Infitar · Ayat 1
إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتْ
Apabila langit terbelah;
Surah Al-Infitar (82:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
Terpecah & Terbelah · 19 ayat · Makkiyyah · Juzuk 30 · Muka surat 587
سورة الإنفطار
Surah Al-Infitar ialah surah ke-82 dalam al-Quran, mengandungi 19 ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah. Surah ini bermula pada juzuk 30, muka surat 587 mushaf Madinah. Nama Al-Infitar bermaksud “Terpecah & Terbelah”, dan ia surah ke-82 yang diturunkan. Teks Arab mengikut rasm Uthmani daripada Tanzil; maksud ayat dipetik daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0).
Tiada iklan pada mana-mana halaman al-Quran.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتْ
Apabila langit terbelah;
Surah Al-Infitar (82:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَإِذَا ٱلْكَوَاكِبُ ٱنتَثَرَتْ
Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
Surah Al-Infitar (82:2) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَإِذَا ٱلْبِحَارُ فُجِّرَتْ
Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
Surah Al-Infitar (82:3) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَإِذَا ٱلْقُبُورُ بُعْثِرَتْ
Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
Surah Al-Infitar (82:4) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
Surah Al-Infitar (82:5) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
يَٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلْكَرِيمِ
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -
Surah Al-Infitar (82:6) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
ٱلَّذِى خَلَقَكَ فَسَوَّىٰكَ فَعَدَلَكَ
Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
Surah Al-Infitar (82:7) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
فِىٓ أَىِّ صُورَةٍ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ
Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
Surah Al-Infitar (82:8) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
كَلَّا بَلْ تُكَذِّبُونَ بِٱلدِّينِ
Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
Surah Al-Infitar (82:9) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَٰفِظِينَ
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
Surah Al-Infitar (82:10) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
كِرَامًا كَٰتِبِينَ
(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);
Surah Al-Infitar (82:11) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ
Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
Surah Al-Infitar (82:12) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍ
(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
Surah Al-Infitar (82:13) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَإِنَّ ٱلْفُجَّارَ لَفِى جَحِيمٍ
Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
Surah Al-Infitar (82:14) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
يَصْلَوْنَهَا يَوْمَ ٱلدِّينِ
Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,
Surah Al-Infitar (82:15) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَمَا هُمْ عَنْهَا بِغَآئِبِينَ
Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
Surah Al-Infitar (82:16) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا يَوْمُ ٱلدِّينِ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
Surah Al-Infitar (82:17) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
ثُمَّ مَآ أَدْرَىٰكَ مَا يَوْمُ ٱلدِّينِ
Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
Surah Al-Infitar (82:18) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌ لِّنَفْسٍ شَيْـًٔا وَٱلْأَمْرُ يَوْمَئِذٍ لِّلَّهِ
(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.
Surah Al-Infitar (82:19) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
19 ayat. Al-Infitar ialah surah ke-82 dan tergolong dalam surah Makkiyyah.
Juzuk 30. Ayat pertamanya terdapat pada muka surat 587 mushaf Madinah.
Nama Al-Infitar bermaksud “Terpecah & Terbelah”.
Teks Arab daripada Tanzil (rasm Uthmani, versi 1.1) dan maksud ayat daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0). Kedua-duanya dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan, tanpa sebarang perubahan.
Teks Arab · Tanzil Project (tanzil.net), teks rasm Uthmani versi 1.1, CC BY 3.0, disalin tanpa perubahan
Terjemahan · Malay Translation - Abdullah Basumayyah · QuranEnc.com v1.0.0
Juzuk & muka surat · Tanzil Quran Metadata 1.0 (mushaf Madinah, 604 muka surat), CC BY 3.0