Ad-Duhaa · Ayat 1
وَٱلضُّحَىٰ
Demi waktu dhuha,
Surah Ad-Duhaa (93:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
Semua negara & bahasa
Negara menentukan kaedah pengiraan, mazhab Asar dan tarikh Hijrah.
Pagi yang Cemerlang / Matahari Meninggi · 11 ayat · Makkiyyah · Juzuk 30 · Muka surat 596
سورة الضحى
Surah Ad-Duhaa ialah surah ke-93 dalam al-Quran, mengandungi 11 ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah. Surah ini bermula pada juzuk 30, muka surat 596 mushaf Madinah. Nama Ad-Duhaa bermaksud “Pagi yang Cemerlang / Matahari Meninggi”, dan ia surah ke-11 yang diturunkan. Teks Arab mengikut rasm Uthmani daripada Tanzil; maksud ayat dipetik daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0).
Tiada iklan pada mana-mana halaman al-Quran.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلضُّحَىٰ
Demi waktu dhuha,
Surah Ad-Duhaa (93:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
Surah Ad-Duhaa (93:2) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
Surah Ad-Duhaa (93:3) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَلَلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
Surah Ad-Duhaa (93:4) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
Surah Ad-Duhaa (93:5) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَـَٔاوَىٰ
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
Surah Ad-Duhaa (93:6) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَوَجَدَكَ ضَآلًّا فَهَدَىٰ
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
Surah Ad-Duhaa (93:7) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَوَجَدَكَ عَآئِلًا فَأَغْنَىٰ
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
Surah Ad-Duhaa (93:8) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
Surah Ad-Duhaa (93:9) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
Surah Ad-Duhaa (93:10) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Surah Ad-Duhaa (93:11) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
11 ayat. Ad-Duhaa ialah surah ke-93 dan tergolong dalam surah Makkiyyah.
Juzuk 30. Ayat pertamanya terdapat pada muka surat 596 mushaf Madinah.
Nama Ad-Duhaa bermaksud “Pagi yang Cemerlang / Matahari Meninggi”.
Teks Arab daripada Tanzil (rasm Uthmani, versi 1.1) dan maksud ayat daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0). Kedua-duanya dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan, tanpa sebarang perubahan.
Teks Arab · Tanzil Project (tanzil.net), teks rasm Uthmani versi 1.1, CC BY 3.0, disalin tanpa perubahan
Terjemahan · Malay Translation - Abdullah Basumayyah · QuranEnc.com v1.0.0
Juzuk & muka surat · Tanzil Quran Metadata 1.0 (mushaf Madinah, 604 muka surat), CC BY 3.0