Langkau ke kandungan
94

Surah Ash-Sharh

Melapangkan · 8 ayat · Makkiyyah · Juzuk 30 · Muka surat 596

سورة الشرح

Surah Ash-Sharh

Surah Ash-Sharh ialah surah ke-94 dalam al-Quran, mengandungi 8 ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah. Surah ini bermula pada juzuk 30, muka surat 596 mushaf Madinah. Nama Ash-Sharh bermaksud “Melapangkan”, dan ia surah ke-12 yang diturunkan. Teks Arab mengikut rasm Uthmani daripada Tanzil; maksud ayat dipetik daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0).

Dikemas kini
Teks
Rasm Uthmani (Tanzil)
Terjemahan
Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
3 / 5

Tiada iklan pada mana-mana halaman al-Quran.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

94:1

Ash-Sharh · Ayat 1

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?

Surah Ash-Sharh (94:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

94:2

Ash-Sharh · Ayat 2

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ

Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

Surah Ash-Sharh (94:2) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

94:3

Ash-Sharh · Ayat 3

ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

Surah Ash-Sharh (94:3) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

94:4

Ash-Sharh · Ayat 4

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

Surah Ash-Sharh (94:4) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

94:5

Ash-Sharh · Ayat 5

فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

Surah Ash-Sharh (94:5) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

94:6

Ash-Sharh · Ayat 6

إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Surah Ash-Sharh (94:6) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

94:7

Ash-Sharh · Ayat 7

فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

Surah Ash-Sharh (94:7) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

94:8

Ash-Sharh · Ayat 8

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Surah Ash-Sharh (94:8) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

Soalan lazim

Berapa ayat dalam Surah Ash-Sharh?

8 ayat. Ash-Sharh ialah surah ke-94 dan tergolong dalam surah Makkiyyah.

Surah Ash-Sharh terletak dalam juzuk berapa?

Juzuk 30. Ayat pertamanya terdapat pada muka surat 596 mushaf Madinah.

Apakah maksud nama Ash-Sharh?

Nama Ash-Sharh bermaksud “Melapangkan”.

Apakah sumber teks Arab dan terjemahannya?

Teks Arab daripada Tanzil (rasm Uthmani, versi 1.1) dan maksud ayat daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0). Kedua-duanya dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan, tanpa sebarang perubahan.

Sumber teks

  • Teks Arab · Tanzil Project (tanzil.net), teks rasm Uthmani versi 1.1, CC BY 3.0, disalin tanpa perubahan

  • Terjemahan · Malay Translation - Abdullah Basumayyah · QuranEnc.com v1.0.0

  • Juzuk & muka surat · Tanzil Quran Metadata 1.0 (mushaf Madinah, 604 muka surat), CC BY 3.0