Al-A'la · Ayat 1
سَبِّحِ ٱسْمَ رَبِّكَ ٱلْأَعْلَى
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -
Surah Al-A'la (87:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
Yang Tertinggi · 19 ayat · Makkiyyah · Juzuk 30 · Muka surat 591
سورة الأعلى
Surah Al-A'la ialah surah ke-87 dalam al-Quran, mengandungi 19 ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah. Surah ini bermula pada juzuk 30, muka surat 591 mushaf Madinah. Nama Al-A'la bermaksud “Yang Tertinggi”, dan ia surah ke-8 yang diturunkan. Teks Arab mengikut rasm Uthmani daripada Tanzil; maksud ayat dipetik daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0).
Tiada iklan pada mana-mana halaman al-Quran.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
سَبِّحِ ٱسْمَ رَبِّكَ ٱلْأَعْلَى
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -
Surah Al-A'la (87:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
ٱلَّذِى خَلَقَ فَسَوَّىٰ
Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;
Surah Al-A'la (87:2) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَٱلَّذِى قَدَّرَ فَهَدَىٰ
Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
Surah Al-A'la (87:3) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَٱلَّذِىٓ أَخْرَجَ ٱلْمَرْعَىٰ
Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,
Surah Al-A'la (87:4) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
فَجَعَلَهُۥ غُثَآءً أَحْوَىٰ
Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.
Surah Al-A'la (87:5) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
سَنُقْرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰٓ
Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,
Surah Al-A'la (87:6) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
إِلَّا مَا شَآءَ ٱللَّهُ إِنَّهُۥ يَعْلَمُ ٱلْجَهْرَ وَمَا يَخْفَىٰ
Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.
Surah Al-A'la (87:7) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَنُيَسِّرُكَ لِلْيُسْرَىٰ
Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
Surah Al-A'la (87:8) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكْرَىٰ
Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
Surah Al-A'la (87:9) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
سَيَذَّكَّرُ مَن يَخْشَىٰ
Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
Surah Al-A'la (87:10) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَيَتَجَنَّبُهَا ٱلْأَشْقَى
Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
Surah Al-A'la (87:11) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
ٱلَّذِى يَصْلَى ٱلنَّارَ ٱلْكُبْرَىٰ
Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
Surah Al-A'la (87:12) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحْيَىٰ
Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
Surah Al-A'la (87:13) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ
Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
Surah Al-A'la (87:14) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَذَكَرَ ٱسْمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
Surah Al-A'la (87:15) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
بَلْ تُؤْثِرُونَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا
(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
Surah Al-A'la (87:16) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَٱلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰٓ
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
Surah Al-A'la (87:17) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
إِنَّ هَٰذَا لَفِى ٱلصُّحُفِ ٱلْأُولَىٰ
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -
Surah Al-A'la (87:18) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
صُحُفِ إِبْرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ
Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
Surah Al-A'la (87:19) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
19 ayat. Al-A'la ialah surah ke-87 dan tergolong dalam surah Makkiyyah.
Juzuk 30. Ayat pertamanya terdapat pada muka surat 591 mushaf Madinah.
Nama Al-A'la bermaksud “Yang Tertinggi”.
Teks Arab daripada Tanzil (rasm Uthmani, versi 1.1) dan maksud ayat daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0). Kedua-duanya dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan, tanpa sebarang perubahan.
Teks Arab · Tanzil Project (tanzil.net), teks rasm Uthmani versi 1.1, CC BY 3.0, disalin tanpa perubahan
Terjemahan · Malay Translation - Abdullah Basumayyah · QuranEnc.com v1.0.0
Juzuk & muka surat · Tanzil Quran Metadata 1.0 (mushaf Madinah, 604 muka surat), CC BY 3.0