Al-Ghashiyah · Ayat 1
هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْغَٰشِيَةِ
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
Surah Al-Ghashiyah (88:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
Peristiwa Menggelisahkan/Hari Pembalasan · 26 ayat · Makkiyyah · Juzuk 30 · Muka surat 592
سورة الغاشية
Surah Al-Ghashiyah ialah surah ke-88 dalam al-Quran, mengandungi 26 ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah. Surah ini bermula pada juzuk 30, muka surat 592 mushaf Madinah. Nama Al-Ghashiyah bermaksud “Peristiwa Menggelisahkan/Hari Pembalasan”, dan ia surah ke-68 yang diturunkan. Teks Arab mengikut rasm Uthmani daripada Tanzil; maksud ayat dipetik daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0).
Tiada iklan pada mana-mana halaman al-Quran.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْغَٰشِيَةِ
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
Surah Al-Ghashiyah (88:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَٰشِعَةٌ
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
Surah Al-Ghashiyah (88:2) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
Surah Al-Ghashiyah (88:3) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً
Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -
Surah Al-Ghashiyah (88:4) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍ
Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.
Surah Al-Ghashiyah (88:5) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ
Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,
Surah Al-Ghashiyah (88:6) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِى مِن جُوعٍ
Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
Surah Al-Ghashiyah (88:7) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ
(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
Surah Al-Ghashiyah (88:8) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -
Surah Al-Ghashiyah (88:9) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍ
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),
Surah Al-Ghashiyah (88:10) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَٰغِيَةً
Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
Surah Al-Ghashiyah (88:11) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
فِيهَا عَيْنٌ جَارِيَةٌ
Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,
Surah Al-Ghashiyah (88:12) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
فِيهَا سُرُرٌ مَّرْفُوعَةٌ
Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
Surah Al-Ghashiyah (88:13) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَأَكْوَابٌ مَّوْضُوعَةٌ
Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),
Surah Al-Ghashiyah (88:14) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ
Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
Surah Al-Ghashiyah (88:15) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَزَرَابِىُّ مَبْثُوثَةٌ
Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
Surah Al-Ghashiyah (88:16) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
Surah Al-Ghashiyah (88:17) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ رُفِعَتْ
Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
Surah Al-Ghashiyah (88:18) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَإِلَى ٱلْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
Surah Al-Ghashiyah (88:19) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ
Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
Surah Al-Ghashiyah (88:20) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
فَذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌ
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;
Surah Al-Ghashiyah (88:21) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ
Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
Surah Al-Ghashiyah (88:22) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ
Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -
Surah Al-Ghashiyah (88:23) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَكْبَرَ
Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
Surah Al-Ghashiyah (88:24) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
إِنَّ إِلَيْنَآ إِيَابَهُمْ
Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,
Surah Al-Ghashiyah (88:25) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم
Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.
Surah Al-Ghashiyah (88:26) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
26 ayat. Al-Ghashiyah ialah surah ke-88 dan tergolong dalam surah Makkiyyah.
Juzuk 30. Ayat pertamanya terdapat pada muka surat 592 mushaf Madinah.
Nama Al-Ghashiyah bermaksud “Peristiwa Menggelisahkan/Hari Pembalasan”.
Teks Arab daripada Tanzil (rasm Uthmani, versi 1.1) dan maksud ayat daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0). Kedua-duanya dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan, tanpa sebarang perubahan.
Teks Arab · Tanzil Project (tanzil.net), teks rasm Uthmani versi 1.1, CC BY 3.0, disalin tanpa perubahan
Terjemahan · Malay Translation - Abdullah Basumayyah · QuranEnc.com v1.0.0
Juzuk & muka surat · Tanzil Quran Metadata 1.0 (mushaf Madinah, 604 muka surat), CC BY 3.0