Langkau ke kandungan
96

Surah Al-'Alaq

Segumpal Darah · 19 ayat · Makkiyyah · Juzuk 30 · Muka surat 597

سورة العلق

Surah Al-'Alaq

Surah Al-'Alaq ialah surah ke-96 dalam al-Quran, mengandungi 19 ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah. Surah ini bermula pada juzuk 30, muka surat 597 mushaf Madinah. Nama Al-'Alaq bermaksud “Segumpal Darah”, dan ia surah ke-1 yang diturunkan. Teks Arab mengikut rasm Uthmani daripada Tanzil; maksud ayat dipetik daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0).

Dikemas kini
Teks
Rasm Uthmani (Tanzil)
Terjemahan
Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
3 / 5

Tiada iklan pada mana-mana halaman al-Quran.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

96:1

Al-'Alaq · Ayat 1

ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

Surah Al-'Alaq (96:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

96:2

Al-'Alaq · Ayat 2

خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِنْ عَلَقٍ

Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

Surah Al-'Alaq (96:2) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

96:3

Al-'Alaq · Ayat 3

ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

Surah Al-'Alaq (96:3) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

96:4

Al-'Alaq · Ayat 4

ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ

Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -

Surah Al-'Alaq (96:4) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

96:5

Al-'Alaq · Ayat 5

عَلَّمَ ٱلْإِنسَٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Surah Al-'Alaq (96:5) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

96:6

Al-'Alaq · Ayat 6

كَلَّآ إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَيَطْغَىٰٓ

Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),

Surah Al-'Alaq (96:6) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

96:7

Al-'Alaq · Ayat 7

أَن رَّءَاهُ ٱسْتَغْنَىٰٓ

Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

Surah Al-'Alaq (96:7) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

96:8

Al-'Alaq · Ayat 8

إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجْعَىٰٓ

(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).

Surah Al-'Alaq (96:8) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

96:9

Al-'Alaq · Ayat 9

أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يَنْهَىٰ

Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -

Surah Al-'Alaq (96:9) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

96:10

Al-'Alaq · Ayat 10

عَبْدًا إِذَا صَلَّىٰٓ

Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?

Surah Al-'Alaq (96:10) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

96:11

Al-'Alaq · Ayat 11

أَرَءَيْتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلْهُدَىٰٓ

Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -

Surah Al-'Alaq (96:11) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

96:12

Al-'Alaq · Ayat 12

أَوْ أَمَرَ بِٱلتَّقْوَىٰٓ

Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?

Surah Al-'Alaq (96:12) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

96:13

Al-'Alaq · Ayat 13

أَرَءَيْتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ

Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?

Surah Al-'Alaq (96:13) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

96:14

Al-'Alaq · Ayat 14

أَلَمْ يَعْلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ

Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?

Surah Al-'Alaq (96:14) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

96:15

Al-'Alaq · Ayat 15

كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًۢا بِٱلنَّاصِيَةِ

Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -

Surah Al-'Alaq (96:15) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

96:16

Al-'Alaq · Ayat 16

نَاصِيَةٍ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍ

Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

Surah Al-'Alaq (96:16) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

96:17

Al-'Alaq · Ayat 17

فَلْيَدْعُ نَادِيَهُۥ

Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),

Surah Al-'Alaq (96:17) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

96:18

Al-'Alaq · Ayat 18

سَنَدْعُ ٱلزَّبَانِيَةَ

Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!

Surah Al-'Alaq (96:18) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

96:19

Al-'Alaq · Ayat 19

كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَٱسْجُدْ وَٱقْتَرِب

Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Surah Al-'Alaq (96:19) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

Soalan lazim

Berapa ayat dalam Surah Al-'Alaq?

19 ayat. Al-'Alaq ialah surah ke-96 dan tergolong dalam surah Makkiyyah.

Surah Al-'Alaq terletak dalam juzuk berapa?

Juzuk 30. Ayat pertamanya terdapat pada muka surat 597 mushaf Madinah.

Apakah maksud nama Al-'Alaq?

Nama Al-'Alaq bermaksud “Segumpal Darah”.

Apakah sumber teks Arab dan terjemahannya?

Teks Arab daripada Tanzil (rasm Uthmani, versi 1.1) dan maksud ayat daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0). Kedua-duanya dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan, tanpa sebarang perubahan.

Sumber teks

  • Teks Arab · Tanzil Project (tanzil.net), teks rasm Uthmani versi 1.1, CC BY 3.0, disalin tanpa perubahan

  • Terjemahan · Malay Translation - Abdullah Basumayyah · QuranEnc.com v1.0.0

  • Juzuk & muka surat · Tanzil Quran Metadata 1.0 (mushaf Madinah, 604 muka surat), CC BY 3.0