Langkau ke kandungan
97

Surah Al-Qadr

Kemuliaan · 5 ayat · Makkiyyah · Juzuk 30 · Muka surat 598

سورة القدر

Surah Al-Qadr

Surah Al-Qadr ialah surah ke-97 dalam al-Quran, mengandungi 5 ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah. Surah ini bermula pada juzuk 30, muka surat 598 mushaf Madinah. Nama Al-Qadr bermaksud “Kemuliaan”, dan ia surah ke-25 yang diturunkan. Teks Arab mengikut rasm Uthmani daripada Tanzil; maksud ayat dipetik daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0).

Dikemas kini
Teks
Rasm Uthmani (Tanzil)
Terjemahan
Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
3 / 5

Tiada iklan pada mana-mana halaman al-Quran.

بِّسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

97:1

Al-Qadr · Ayat 1

إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

Surah Al-Qadr (97:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

97:2

Al-Qadr · Ayat 2

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

Surah Al-Qadr (97:2) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

97:3

Al-Qadr · Ayat 3

لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Surah Al-Qadr (97:3) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

97:4

Al-Qadr · Ayat 4

تَنَزَّلُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

Surah Al-Qadr (97:4) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

97:5

Al-Qadr · Ayat 5

سَلَٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Surah Al-Qadr (97:5) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

Soalan lazim

Berapa ayat dalam Surah Al-Qadr?

5 ayat. Al-Qadr ialah surah ke-97 dan tergolong dalam surah Makkiyyah.

Surah Al-Qadr terletak dalam juzuk berapa?

Juzuk 30. Ayat pertamanya terdapat pada muka surat 598 mushaf Madinah.

Apakah maksud nama Al-Qadr?

Nama Al-Qadr bermaksud “Kemuliaan”.

Apakah sumber teks Arab dan terjemahannya?

Teks Arab daripada Tanzil (rasm Uthmani, versi 1.1) dan maksud ayat daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0). Kedua-duanya dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan, tanpa sebarang perubahan.

Sumber teks

  • Teks Arab · Tanzil Project (tanzil.net), teks rasm Uthmani versi 1.1, CC BY 3.0, disalin tanpa perubahan

  • Terjemahan · Malay Translation - Abdullah Basumayyah · QuranEnc.com v1.0.0

  • Juzuk & muka surat · Tanzil Quran Metadata 1.0 (mushaf Madinah, 604 muka surat), CC BY 3.0