Al-Balad · Ayat 1
لَآ أُقْسِمُ بِهَٰذَا ٱلْبَلَدِ
Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;
Surah Al-Balad (90:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
Negeri · 20 ayat · Makkiyyah · Juzuk 30 · Muka surat 594
سورة البلد
Surah Al-Balad ialah surah ke-90 dalam al-Quran, mengandungi 20 ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah. Surah ini bermula pada juzuk 30, muka surat 594 mushaf Madinah. Nama Al-Balad bermaksud “Negeri”, dan ia surah ke-35 yang diturunkan. Teks Arab mengikut rasm Uthmani daripada Tanzil; maksud ayat dipetik daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0).
Tiada iklan pada mana-mana halaman al-Quran.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لَآ أُقْسِمُ بِهَٰذَا ٱلْبَلَدِ
Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;
Surah Al-Balad (90:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَأَنتَ حِلٌّۢ بِهَٰذَا ٱلْبَلَدِ
Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),
Surah Al-Balad (90:2) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَوَالِدٍ وَمَا وَلَدَ
Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;
Surah Al-Balad (90:3) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِى كَبَدٍ
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
Surah Al-Balad (90:4) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
أَيَحْسَبُ أَن لَّن يَقْدِرَ عَلَيْهِ أَحَدٌ
Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?
Surah Al-Balad (90:5) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
يَقُولُ أَهْلَكْتُ مَالًا لُّبَدًا
Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: “Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).
Surah Al-Balad (90:6) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
أَيَحْسَبُ أَن لَّمْ يَرَهُۥٓ أَحَدٌ
Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?
Surah Al-Balad (90:7) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
أَلَمْ نَجْعَل لَّهُۥ عَيْنَيْنِ
(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -
Surah Al-Balad (90:8) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَلِسَانًا وَشَفَتَيْنِ
Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?
Surah Al-Balad (90:9) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَهَدَيْنَٰهُ ٱلنَّجْدَيْنِ
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
Surah Al-Balad (90:10) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
فَلَا ٱقْتَحَمَ ٱلْعَقَبَةَ
Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;
Surah Al-Balad (90:11) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْعَقَبَةُ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
Surah Al-Balad (90:12) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
فَكُّ رَقَبَةٍ
(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;
Surah Al-Balad (90:13) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
أَوْ إِطْعَٰمٌ فِى يَوْمٍ ذِى مَسْغَبَةٍ
Atau memberi makan pada hari kelaparan -
Surah Al-Balad (90:14) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
يَتِيمًا ذَا مَقْرَبَةٍ
Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
Surah Al-Balad (90:15) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
أَوْ مِسْكِينًا ذَا مَتْرَبَةٍ
Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.
Surah Al-Balad (90:16) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْمَرْحَمَةِ
Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.
Surah Al-Balad (90:17) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
أُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ
(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
Surah Al-Balad (90:18) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا هُمْ أَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. -
Surah Al-Balad (90:19) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
عَلَيْهِمْ نَارٌ مُّؤْصَدَةٌۢ
Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).
Surah Al-Balad (90:20) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
20 ayat. Al-Balad ialah surah ke-90 dan tergolong dalam surah Makkiyyah.
Juzuk 30. Ayat pertamanya terdapat pada muka surat 594 mushaf Madinah.
Nama Al-Balad bermaksud “Negeri”.
Teks Arab daripada Tanzil (rasm Uthmani, versi 1.1) dan maksud ayat daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0). Kedua-duanya dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan, tanpa sebarang perubahan.
Teks Arab · Tanzil Project (tanzil.net), teks rasm Uthmani versi 1.1, CC BY 3.0, disalin tanpa perubahan
Terjemahan · Malay Translation - Abdullah Basumayyah · QuranEnc.com v1.0.0
Juzuk & muka surat · Tanzil Quran Metadata 1.0 (mushaf Madinah, 604 muka surat), CC BY 3.0