Ash-Shams · Ayat 1
وَٱلشَّمْسِ وَضُحَىٰهَا
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
Surah Ash-Shams (91:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
Semua negara & bahasa
Negara menentukan kaedah pengiraan, mazhab Asar dan tarikh Hijrah.
Matahari · 15 ayat · Makkiyyah · Juzuk 30 · Muka surat 595
سورة الشمس
Surah Ash-Shams ialah surah ke-91 dalam al-Quran, mengandungi 15 ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah. Surah ini bermula pada juzuk 30, muka surat 595 mushaf Madinah. Nama Ash-Shams bermaksud “Matahari”, dan ia surah ke-26 yang diturunkan. Teks Arab mengikut rasm Uthmani daripada Tanzil; maksud ayat dipetik daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0).
Tiada iklan pada mana-mana halaman al-Quran.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلشَّمْسِ وَضُحَىٰهَا
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
Surah Ash-Shams (91:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلَىٰهَا
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
Surah Ash-Shams (91:2) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَٱلنَّهَارِ إِذَا جَلَّىٰهَا
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
Surah Ash-Shams (91:3) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَٱلَّيْلِ إِذَا يَغْشَىٰهَا
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
Surah Ash-Shams (91:4) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَىٰهَا
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
Surah Ash-Shams (91:5) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَٱلْأَرْضِ وَمَا طَحَىٰهَا
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
Surah Ash-Shams (91:6) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّىٰهَا
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Surah Ash-Shams (91:7) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَىٰهَا
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
Surah Ash-Shams (91:8) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّىٰهَا
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Surah Ash-Shams (91:9) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Surah Ash-Shams (91:10) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَىٰهَآ
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
Surah Ash-Shams (91:11) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشْقَىٰهَا
Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
Surah Ash-Shams (91:12) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقْيَٰهَا
Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: “(Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!”
Surah Ash-Shams (91:13) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمْ فَسَوَّىٰهَا
(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
Surah Ash-Shams (91:14) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
وَلَا يَخَافُ عُقْبَٰهَا
Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).
Surah Ash-Shams (91:15) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
15 ayat. Ash-Shams ialah surah ke-91 dan tergolong dalam surah Makkiyyah.
Juzuk 30. Ayat pertamanya terdapat pada muka surat 595 mushaf Madinah.
Nama Ash-Shams bermaksud “Matahari”.
Teks Arab daripada Tanzil (rasm Uthmani, versi 1.1) dan maksud ayat daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0). Kedua-duanya dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan, tanpa sebarang perubahan.
Teks Arab · Tanzil Project (tanzil.net), teks rasm Uthmani versi 1.1, CC BY 3.0, disalin tanpa perubahan
Terjemahan · Malay Translation - Abdullah Basumayyah · QuranEnc.com v1.0.0
Juzuk & muka surat · Tanzil Quran Metadata 1.0 (mushaf Madinah, 604 muka surat), CC BY 3.0