Langkau ke kandungan
98

Surah Al-Bayyinah

Bukti yang Nyata · 8 ayat · Madaniyyah · Juzuk 30 · Muka surat 598

سورة البينة

Surah Al-Bayyinah

Surah Al-Bayyinah ialah surah ke-98 dalam al-Quran, mengandungi 8 ayat dan tergolong dalam surah Madaniyyah. Surah ini bermula pada juzuk 30, muka surat 598 mushaf Madinah. Nama Al-Bayyinah bermaksud “Bukti yang Nyata”, dan ia surah ke-100 yang diturunkan. Teks Arab mengikut rasm Uthmani daripada Tanzil; maksud ayat dipetik daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0).

Dikemas kini
Teks
Rasm Uthmani (Tanzil)
Terjemahan
Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
3 / 5

Tiada iklan pada mana-mana halaman al-Quran.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

98:1

Al-Bayyinah · Ayat 1

لَمْ يَكُنِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ وَٱلْمُشْرِكِينَ مُنفَكِّينَ حَتَّىٰ تَأْتِيَهُمُ ٱلْبَيِّنَةُ

Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata, -

Surah Al-Bayyinah (98:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

98:2

Al-Bayyinah · Ayat 2

رَسُولٌ مِّنَ ٱللَّهِ يَتْلُوا۟ صُحُفًا مُّطَهَّرَةً

Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci,

Surah Al-Bayyinah (98:2) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

98:3

Al-Bayyinah · Ayat 3

فِيهَا كُتُبٌ قَيِّمَةٌ

Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.

Surah Al-Bayyinah (98:3) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

98:4

Al-Bayyinah · Ayat 4

وَمَا تَفَرَّقَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَتْهُمُ ٱلْبَيِّنَةُ

Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.

Surah Al-Bayyinah (98:4) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

98:5

Al-Bayyinah · Ayat 5

وَمَآ أُمِرُوٓا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَذَٰلِكَ دِينُ ٱلْقَيِّمَةِ

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.

Surah Al-Bayyinah (98:5) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

98:6

Al-Bayyinah · Ayat 6

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ وَٱلْمُشْرِكِينَ فِى نَارِ جَهَنَّمَ خَٰلِدِينَ فِيهَآ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمْ شَرُّ ٱلْبَرِيَّةِ

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.

Surah Al-Bayyinah (98:6) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

98:7

Al-Bayyinah · Ayat 7

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمْ خَيْرُ ٱلْبَرِيَّةِ

Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.

Surah Al-Bayyinah (98:7) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

98:8

Al-Bayyinah · Ayat 8

جَزَآؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّٰتُ عَدْنٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًا رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا۟ عَنْهُ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِىَ رَبَّهُۥ

Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Surah Al-Bayyinah (98:8) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

Soalan lazim

Berapa ayat dalam Surah Al-Bayyinah?

8 ayat. Al-Bayyinah ialah surah ke-98 dan tergolong dalam surah Madaniyyah.

Surah Al-Bayyinah terletak dalam juzuk berapa?

Juzuk 30. Ayat pertamanya terdapat pada muka surat 598 mushaf Madinah.

Apakah maksud nama Al-Bayyinah?

Nama Al-Bayyinah bermaksud “Bukti yang Nyata”.

Apakah sumber teks Arab dan terjemahannya?

Teks Arab daripada Tanzil (rasm Uthmani, versi 1.1) dan maksud ayat daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0). Kedua-duanya dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan, tanpa sebarang perubahan.

Sumber teks

  • Teks Arab · Tanzil Project (tanzil.net), teks rasm Uthmani versi 1.1, CC BY 3.0, disalin tanpa perubahan

  • Terjemahan · Malay Translation - Abdullah Basumayyah · QuranEnc.com v1.0.0

  • Juzuk & muka surat · Tanzil Quran Metadata 1.0 (mushaf Madinah, 604 muka surat), CC BY 3.0