Langkau ke kandungan
102

Surah At-Takathur

Bermegah-megah · 8 ayat · Makkiyyah · Juzuk 30 · Muka surat 600

سورة التكاثر

Surah At-Takathur

Surah At-Takathur ialah surah ke-102 dalam al-Quran, mengandungi 8 ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah. Surah ini bermula pada juzuk 30, muka surat 600 mushaf Madinah. Nama At-Takathur bermaksud “Bermegah-megah”, dan ia surah ke-16 yang diturunkan. Teks Arab mengikut rasm Uthmani daripada Tanzil; maksud ayat dipetik daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0).

Dikemas kini
Teks
Rasm Uthmani (Tanzil)
Terjemahan
Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)
3 / 5

Tiada iklan pada mana-mana halaman al-Quran.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

102:1

At-Takathur · Ayat 1

أَلْهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -

Surah At-Takathur (102:1) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

102:2

At-Takathur · Ayat 2

حَتَّىٰ زُرْتُمُ ٱلْمَقَابِرَ

Sehingga kamu masuk kubur.

Surah At-Takathur (102:2) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

102:3

At-Takathur · Ayat 3

كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

Surah At-Takathur (102:3) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

102:4

At-Takathur · Ayat 4

ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ

Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

Surah At-Takathur (102:4) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

102:5

At-Takathur · Ayat 5

كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ ٱلْيَقِينِ

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

Surah At-Takathur (102:5) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

102:6

At-Takathur · Ayat 6

لَتَرَوُنَّ ٱلْجَحِيمَ

(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

Surah At-Takathur (102:6) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

102:7

At-Takathur · Ayat 7

ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ ٱلْيَقِينِ

Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

Surah At-Takathur (102:7) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

102:8

At-Takathur · Ayat 8

ثُمَّ لَتُسْـَٔلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Surah At-Takathur (102:8) · Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0)

Soalan lazim

Berapa ayat dalam Surah At-Takathur?

8 ayat. At-Takathur ialah surah ke-102 dan tergolong dalam surah Makkiyyah.

Surah At-Takathur terletak dalam juzuk berapa?

Juzuk 30. Ayat pertamanya terdapat pada muka surat 600 mushaf Madinah.

Apakah maksud nama At-Takathur?

Nama At-Takathur bermaksud “Bermegah-megah”.

Apakah sumber teks Arab dan terjemahannya?

Teks Arab daripada Tanzil (rasm Uthmani, versi 1.1) dan maksud ayat daripada Terjemahan Abdullah Basmeih (QuranEnc v1.0.0). Kedua-duanya dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan, tanpa sebarang perubahan.

Sumber teks

  • Teks Arab · Tanzil Project (tanzil.net), teks rasm Uthmani versi 1.1, CC BY 3.0, disalin tanpa perubahan

  • Terjemahan · Malay Translation - Abdullah Basumayyah · QuranEnc.com v1.0.0

  • Juzuk & muka surat · Tanzil Quran Metadata 1.0 (mushaf Madinah, 604 muka surat), CC BY 3.0